Monday, 2 May 2011

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak Satu Pengenalan


Satu pengenalan Laksa Sarawak, sorotan sejarah laksa, merupakan makanan kegemaran masyarakat Malaysia terutama masyarakat Cina. Dikatakan asal laksa adalah dari Negara China dan perkataan laksa itu sendiri di ambil dari perkataan cina  yang bermaksud "pasir pedas @ spicy sand".

Jenis Laksa

  1. Kari Laksa
  2. Asam Laksa
  3. Laksa Sarawak

Perbezaan antara Kari laksa, Asam Laksa  dan Laksa Sarawak


Kari Laksa
Menggunakan santan kelapa
Kari cair dan banyak
Tidak dihidangkan bersama taugeh dan sayur daun.
Dihidang bersama Tauhu sumbat.
Selalunya dihidangkan dengan bee hoon atau mee kuning.
Dihidang bersama telur rebus.
Dihias dengan fish cake, udang atau ayam.
Variasi laksa kari ialah Laksa lemak, Katong laksa, Nyonya laksa

Asam Laksa

Tidak menggunakan santan kelapa
Kuah ikan masak asam pedas
Bahan-bahan terdiri dari nanas, timun dikisar, dan bawang
Tidak dihidang bersama tauhu sumbat
Dihidang bersama bee hoon halus dan tebal.
Tidak dihidang bersama telur rebus
Menggunakan ikan sebagai asas kuah
Variasi asam laksa, Laksa Penang, Laksa Johor.

Laksa Sarawak


Menggunakan santan kelapa
Kuah pekat kemerahan tidak menggunakan kari tapi menggunakan pes Laksa Sarawak asli
Tidak menggunakan tauhu sumbat.
Dihidang hanya dengan bee hoon sahaja
Dihidang bersama telur dardar, dan telur rebus
Udang atau ayam sebagai hiasan
Tiada variasi hanya masakan Sarawak yang unik Laksa Sarawak.

Di mana nak cari pes Laksa Sarawak yang asli lagi Halal
Di Sarawak hanya ada dua pengeluar pes Laksa Sarawak yang terkenal iaitu Pes Laksa Sarawak Hj Mannan dan Pes Laksa Sarawak Liza.





Dapatkan recipi Laksa Sarawak yang asli secara percuma di sini Klik.


Sumber Wiki